top of page
Search
catwalkpetfoodsmy

Pasir (kucing) Soya: Untuk Siapa?

Jika anda adalah seorang yang malas—eh bukan, maksud saya sibuk—seperti saya dan berharap dapat duduk dirumah sepanjang hari, maka kucing adalah haiwan pilihan terbaik untuk anda. Jangan salah faham. Saya sayangkan haiwan. Tetapi kucing lebih senang dijaga. Berbanding dengan haiwan rumah lain, contohnya anjing, mereka harus dibawa ke luar untuk 'personal business' mereka. Tetapi kucing tidak perlu. Dan kita harus berterima kasih kepada mereka yang menghasilkan pasir (kucing) soya - satu ciptaan yang terbaik pernah dihasilkan


Pasir kucing kacang soya - Untuk siapa?

Baiklah, apa itu pasir (kucing) soya? Sekejap saya pakai kot dan bawa anda bersama ke Alam 101: Pasir (kucing) Soya. Hehe, macam professor pula.


Jangan terkeliru dengan soya yang selalu kita makan, nama nya begitu sebab ia diperbuat daripada pulp soya (atau pun okara/おから). Tidak bertoksik, 100% lebih hijau dan alternatif yang lebih natural untuk pasir kucing biasa. Pasir soya selalunya datang dalam bentuk silinder panjang dan halus yang lembut dan ringan. Mari saya tunjukkan.


Kenapa Pasir Soya?


Mari saya ringkaskan untuk anda;

●Lebih selamat

●Kurang bersepah

●Sangat mudah digunakan

●Lebih mesra alam

Setelah bertahun, ternyata pasir soya ada banyak kelebihan. Jadi ianya tidak hairan apabila ia menjadi pilihan popular untuk keluarga si bulus.


Benefit of Soybean Cat Litter - Much safer, very convenient, less messy, eco-friendly, biodegradable

1. Lebih Selamat

Seperti yang saya katakan tadi, pasir soya ini tidak bertoksik, ia tidak mengandungi sebarang bahan toksin atau sintetik yang berbahaya. Tidak seperti pasir biasa, pasir soya adalah selamat dimakan (er, bukan makan macam makanan ya). Maksudnya, jika kucing anda tertelan atau termakan dengan sengaja, anda tidak perlu ke vet untuk kecemasan.

2. Kurang Bersepah Pasir (kucing) soya ini tidak melekat pada tapak kaki kucing. Isu tracking atau pasir keluar dari bekas pasir mereka adalah sangat minimal, sangat-sangat-sangat sedikit—macam melampau bunyinya—tapi, tiada sisa pasir langsung walaupun kucing anda lasak bermain dengan pasir. Ia juga kurang berdebu berbanding dengan pasir kucing biasa. Segala bau busuk dari najis kucing anda juga akan ditutup secara magis dari kacang ajaib ini.

3. Sangat Mudah Digunakan Untuk orang yang tinggal di apartment, flat atau kondominium macam saya, pasir soya adalah pilihan yang sangat praktikal. Kenapa? Saya tidak lagi perlu pergi membuang sisa najis mereka di rumah sampah. Sebaliknya, saya hanya perlu flush kan ke dalam tandas. Tambahan pula, anda dapat jimat dari beli plastik untuk sisa pasir si bulus.

4. Lebih Mesra Alam Secara jujurnya, tidak ramai yang ambil peduli tentang hal ini, tetapi saya tahu, anda dan saya peduli. Pasir kucing tradisional memakan ruang di tempat sampah, menyumbang kepada timbunan sampah. Tetapi tidak dengan pasir soya, kerana anda hanya perlu larutkan ke dalam air dan masalah selesai. Proses ini lebih mudah dan kita tidak perlu lakukan apa pun.

Jenama Mana Yang Patut Kita Pilih?

Saya yakin anda tertarik untuk mencuba pasir soya selepas membaca kelebihannya, bukan? Tetapi ada satu masalah. Terlalu banyak jenama diluar sana! Mana satu yang harus kita pilih? Saya sebagai seorang bibik sepenuh masa kepada si bulus kesayangan dan pengguna pasir soya, secara peribadi, lebih kisah kepada bau, habuk, tahap clumping dan secepat mana ia larut dalam air—sebab saya flush dalam tandas. Ini yang kita panggil biodegradasi. Saya sudah mencuba beberapa jenama online—ya, saya beli secara online. Kan saya dah kata saya malas—eh, sibuk. Saya senaraikan untuk anda supaya anda tidak perlu. Ini adalah berdasarkan pendapat peribadi saya dan hasilnya;

Perbandingan pasir kucing soya dengan jenama Peien, Xiao Mao/ Pet Care, PetPetCat, TaoTaoPets dan Catwalk

Penafian: Senarai Harga Runcit (RM) berdasarkan pek 6L dan pada waktu penulisan. Harga jualan mungkin berbeza pada waktu bacaan/ pembelian.


Jenama-jenama ini yang telah saya cuba. Seperti yang anda lihat, saya nilai tahap keberkesanan mereka dalam empat (4) elemen yang saya sebutkan; Bau, Habuk, (tahap) Clumping, dan Biodegradasi, dalam erti kata lain berapa cepat ia larut dalam air. Jenama yang saya senaraikan adalah apa yang saya beli mengikut turutan.

Bau Walaupun pasir soya ini diperbuat daripada bahan yang sama, iaitu pulp soya, setiap jenama memiliki bau yang tersendiri. Bau Peien adalah yang paling saya tidak tahan. Ia berbau masam dan tidak enak, seperti bau tofu yang diperap. Ini mungkin untuk anda jika anda suka bau yang sebegitu. Bau Cat Care lebih kurang seperti Peien tetapi tidak begitu kuat. Jenama yang lain berbau seperti kacang soya neutral. Tetapi Catwalk—wow! Bau kacang soya Catwalk bagi anda feel yang sama macam dalam cafe yang penuh dengan bau kopi. Dan saya suka rasa itu!

Habuk alam semua jenis pasir, saya rasa pasir soya paling sedikit ada isu ini. Walaubagaimanapun, pasir soya berjenama lain yang tidak sama pun ada bezanya walaupun sedikit. Peien menghasilkan habuk yang paling banyak di dalam bekas pasir. Kadang kala bila si bulus main di dalam bekas pasir mereka, habuk akan berterbangan. Cat Care dan Xiao Mao juga ada isu yang sama, tetapi tidak seteruk Peien. TaoTao

Pets adalah yang terbaik. Catwalk juga ada mengeluarkan sedikit habuk, tetapi sangat minimal dan sedikit berbanding jenama lain yang saya cuba.



Clumping

Semua jenama clumping. Tetapi berapa cepat dan kuat tahap clumping itu? Ini adalah salah satu elemen terpenting untuk saya. Lebih cepat pasir clumping, lebih kurang risiko untuk ia melekat pada bawah bekas. Maksudnya, lebih sedikit pasir yang perlu dibuang dan ditukar, dan yang paling penting ianya lebih jimat. Bayangkan, jika kucing anda cirit birit dan tidak dapat clumping dengan baik, terkena pada si bulus dan membawa ke satu rumah. Masalah bukan? TaoTaoPets adalah yang paling lambat clumping. Peien lebih baik, tetapi masalah lambat clumping muncul bila lebih dari seekor kucing menggunakan bekas pasir mereka pada waktu yang sama. Cat Care dan Pet Care lebih bagus. Kucing banyak? Tiada masalah. Cirit birit atau kencing banyak? Tiada masalah juga. Tetapi, bagi saya, pemenang untuk kategori ini adalah Catwalk. Saya betul-betul kagum bila pasirnya clumping dalam masa satu (1) saat—kali ini saya tidak bergurau! Bila scoop, pasir jadi keras macam batu dan terus boleh dibuang ke dalam tandas.


Biodegradasi Selain dari alasan untuk lebih hijau, berapa lama yang perlu kita tunggu sebelumush selepas pasir soya dibuang ke dalam tandas? Tiada orang suka menunggu kan? Masa mula-mula mencuba Peien, ia mengambil masa dua (2) minit. Tetapi, bila saya tukar jenama lain seperti Xiao Mao, dan TaoTaoPets, saya terpaksa menunggu dengan lebih lama. Kemudian saya mencuba Catwalk. Catwalk larut dua kali lebih cepat, hanya mengambil masa dalam satu (1) minit.

Harga Seperti yang anda lihat, Catwalk melangkaui kesemua empat (4) aspek dari segi Bau, Habuk, (tahap) Clumping mahupun Biodegradasi. Bagaimanapun, Catwalk cuma ada satu (1) isu, dan isu tersebut adalah harganya yang dua kali lebih mahal berbanding jenama lain. Tetapi, adakah Catwalk berbaloi? Untuk saya, semestinya! Untuk setiap kelebihan yang Catwalk berikan berbanding jenama lain. Tidak ternilai dengan masa dan keselesaan yang diberikan untuk saya dan kucing saya.

Jadi kesimpulannya, saya memilih jenama Catwalk berbanding jenama yang lain. Selepas menggunakan Catwalk, saya tidak lagi menukar pilihan lain. Betul, masih banyak lagi jenama lain dengan harga yang sama, tetapi anda boleh mencuba atas risiko anda sendiri. Untuk saya, kenapa mahu cuba yang lain bila saya sudah berpuas hati dengan Catwalk? Cubalah jenama ini dan saya yakin anda dan kucing anda akan menyukainya!

Coretan oleh: Ellie, freelance designer & bibik sepenuh masa tiga (3) majikan berbulu kat rumah .

2 views0 comments
bottom of page